Tiba-tiba datang lak idea aku untuk mengutarakan cara-cara mengurat sang gades buat mereka yang tak yaken untuk mengurat si dia.. Mudah sahaja, follow lakonan dekat bawah ni dan dialognyer..konfirm mereka akan tertarik dengan anda..hehe..
Lakonan 1.
Lihat gades yang ingin dikenali dari jauh, datang rapat kepadanya dan buat-buat batuk..kalau boleyh, batuk la sekuat mungkin..ini dapat membuatkan gades tadi berasa kesian pada anda. Kemudian, duduk atau berdiri di sebelahnya sambil mengatakan… “Adoiiii… Kesiannya la kat abah dengan emak, tak lama dah anak dorang yang satu ini..” Pastikan si gades itu tadi mendengarnya. Ini akan menambahkan kesiannya kepada anda.
Kemudian batuk lagi sekuat mungkin dan bertanyakan kepada si gades, “Awak ada ubat batuk tak?”
Kalau dia menjawab..
“Ada, tapi kat rumah la wak..” bermakna anda ada can untuk memikat hatinya…
“Ada wak, ambeklah ni..” bermakna dia pun senaseb dengan anda, batuk-batuk.. jauhilah dirinya, nanti anda kena batuk betul-betul pulak..
“Takderlah wak..soriiii…” maknanya lakonan anda tadi sia-sia..
Lakonan 2.
Anda mempunyai seorang gades yang ingin dimiliki, tapi tidak berani mendekatinya… Mudah.. Just datang dekat dengan muka full of confidence..diulangi, full of confidence… Kemudian tanyalah dia apa-apa sahaja soalan kecuali..
“Hai, sorang je ke?” Kalau dah nmpak die sorang, janganlah tanya lagi..Ternyata anda bodoh-bodoh alang..Alang-alang bodoh baik anda terjun jer dalam laut..
“Hai, awak watper ni?” Mestilah die tengah duduk atau berdiri..aper la anda ni..
“Nombor telefon saya 012-7763245.. cantik kan nombor saya wak?” Cantik lagi muka die, sebab tu anda nak ngorat..
“Mind if I seat here..?” Haaa ni cantek, tapi jap lagi die blah..xpun die ngumpat anda dengan kawan-kawan dia..konon-konon speaking la ekk?
Lakonan 3.
Datang-datang jer depan dia anda terus pitam.. Buat-buatla anda macam kena sawan kucing tak pun sawan yang muka warna biru tu.. teruskan lakonan anda dan cuba dialog ini sambil tersekat-sekat percakapan..konon-konon sawan betulla…
“Aaa..aaaa…wakk….awak….saya kena sawannnnn…kena sawaaaaannnnn…to…tolll…tolong… tolong saya..call kan am….am….ammmm…ammbulans….pleaaaassse… please… hanfon ader…dalam ko..kocekkk..kocekk seluar saya ni… Awak tak kisahkan…tak kisahhhkan? Pastu daaahhhhh…dahhh…kol ambulans…to..tolllllo… tolong call nombor…nomborrrr awak pulak……senang…senang saya nak..nakkk balas..balassss budi awak nannnntiii…lepas..lepassss saya ke…ke..keluar hospitall…ya wak?”
Pastu lepas ambulans datang amek anda..agak-agak si dia tak nampak, bangun la cakap kat nurse anda dah baik..pastu selang beberapa hari, call la si dia, ucap terima kasih, ajak lah keluar..nak makan..belanja makan sebagai ucapan terima kasih..jadi bermulalah kisah persahabatan anda dengan si gadis yang jelita itu tadi…
So, try-try la yer..maner tau nanti maser aku datang kenduri kahwin anda…aku terkejut tengok bini anda semua cantik-cantik..wow~~!!hehe aku tak cuba lagi, tapi kalau menjadi, bagitau aku yer?